Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita cedera parah ditikam kekasih
Diterbitkan:  Sep 27, 2024 8:47 AM
Dikemaskini: 12:47 AM

Seorang wanita warga Indonesia cedera parah di muka, perut dan bahu akibat ditikam kekasihnya dalam kejadian di Taman ACBE, Bahau, Jempol semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada pergaduhan antara pasangan terbabit di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya mereka berselisih faham apabila wanita berusia 40 tahun itu ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh pasangannya. Lelaki berusia 38 tahun itu kemudian naik berang dan menikam mangsa.

"Suspek yang merupakan warga Myanmar (Rohingya), memukul dan mengambil pisau lalu menyerang mangsa.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal manakala mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dengan denda atau sebatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS