Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Kabinet sokong penuh pembatalan rombongan 68 pegawai ke Berlin’

Keputusan membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi untuk membawa 68 pegawai ke satu pameran di Berlin mendapat sokongan penuh jemaah menteri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata memasuki dua tahun pentadbirannya, tidak pernah mana-mana menteri dan pimpinan parti politik di dalam kerajaan perpaduan mempertikaikan sebarang keputusannya berkaitan tatakelola.

“Setakat dua tahun ini saya dengan pasukan dalam kerajaan perpaduan, belum ada sekali mana-mana menteri atau pimpinan yang mempertikai keputusan kita (seperti) pertama, (projek) mesti tender, jangan bagi kebocoran.

“...dan bila baru-baru ini saya terjah satu agensi kerajaan (yang mahu) hantar 68 orang ke pesta di Berlin, saya dapat sokongan penuh daripada Kabinet…ini pertama kali dalam sejarah perdana menteri kata tak payah pergi,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) di Kuala Lumpur malam tadi.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS