Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelik kenapa ahli lembaga SRC tidak sahkan dengan saya, kata Najib

Bekas penasihat SRC International Najib Razak musykil kenapa ahli lembaga pengarah firma itu tidak membuat pengesahan secara terus dengannya.

Dia berkata demikian ketika memberi keterangannya, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini untuk menolak dakwaan SRC bahawa dia terlibat dalam penyelewengan AS$1.18 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (Kwap) yang diberikan kepada  syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) tersebut.

Dalam tindakan sivil terhadap bekas perdana menteri dan juga bekas menteri kewangan itu, SRC mendakwa Najib mengawal lembaga pengarah melalui Nik Faisal Ariff Kamil, ketua pegawai eksekutif syarikat ketika itu.

Berhujah dari kandang saksi, Najib berkata, Nik Faisal mewakili dirinya dan lembaga pengarah membuat keputusan untuk melabur selepas usaha wajar dilakukan, dan dia tidak berada dalam kedudukan untuk menguruskan syarikat itu secara mikro.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS