Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keluarga Koh masih jejaki dua anggota pasukan petugas khas

Keluarga paderi Raymond Koh masih menjejaki pengerusi dan anggota pasukan petugas khas (STF) yang menyiasat kehilangannya tujuh tahun lalu.

Jabatan Peguam Negara hari ini dalam maklumannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri tidak mengetahui keberadaan Abdul Rahim Uda dan Zamri Yahya.

Pada 2019, menteri dalam negeri ketika itu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bekas hakim Mahkamah Tinggi Rahim akan mengetuai STF mengenai kehilangan paksa Koh, manakala pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Zamri adalah antara anggotanya.

Isteri Koh, Susanna Liew sedang berusaha mendapatkan  keterangan kedua-dua bekas anggota STF ini untuk memperkukuhkan tuntutan mahkamah berterusannya bagi memaksa pihak berkuasa mendedahkan lokasi suaminya, yang “hilang” pada 13 Feb 2017.

Keluarga itu ingin menyoal balas kedua-dua individu tersebut berhubung kandungan laporan sulit STF mengenai kehilangan secara paksa, yang mereka terima awal hari ini.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS