Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kalau ketagih sangat, bubarlah DUN Kelantan - Puad
Diterbitkan:  Sep 24, 2024 1:24 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Pemimpin Umno membidas Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris kerana terus menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim membubarkan parlimen.

“Kalau ketagih sangat bubar Dewan untuk uji kekuatan, lebih baik bubar DUN Kelantan. 

“PN baru sahaja kalah teruk di Nenggiri,” kata anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi.

Bulan lalu, BN merampas semula kerusi Nenggiri dalam pilihan raya kecil (PRK) dengan majoriti besar 3,352 undi, jauh lebih besar berbanding majoriti 810 undi PAS sebelum ini.

Razali Idris

Terdahulu, Razali berkata pilihan raya adalah jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan, bukan usul tidak percaya di Dewan Rakyat.

“Kalau betul-betul nak dapatkan mandat sahih maka PMX (Anwar) segera bubar parlimen kerana yang mutlak memilih adalah rakyat jelata bukan ahli parlimen,” dia dipetik sebagai berkata kepada FMT.

Sementara itu, Puad berkata pembubaran parlimen hanya membuang masa, membazir dan menyusahkan rakyat. 

Menyifatkan Razali terlalu naif, Puad sebaliknya mencabar PN untuk memujuk mana-mana parti kerajaan menarik balik sokongan, “kalau benar kerajaan hari ini pecah”. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS