Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua beradik maut motosikal rempuh tong sampah roro
Diterbitkan:  Sep 24, 2024 10:55 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di Melaka semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, motosikal jenis Demak DV110 yang ditunggang Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adiknya Nur Afiqah Sofea, 5, dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.

"Siasatan mendapati ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Amirul Hazlin dipercayai tidak perasan terdapat sebuah tong sampah roro di bahu jalan berkenaan sebelum melanggarnya.

"Dua beradik berkenaan mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran itu dan mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan di zon merah sebelum meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

Beliau berkata Muhammad Amirul Hazlin meninggal dunia pada 7.40 petang semalam, manakala adiknya pula meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi.

Pihaknya sedang mengesan pemilik tong sampah roro berkenaan serta saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah beliau.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS