Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
7,174 mangsa banjir di Kedah malam ini
Diterbitkan:  Sep 23, 2024 8:56 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Jumlah mangsa banjir di Kedah dilaporkan terus berkurangan kepada 7,174 orang setakat 8 malam ini berbanding 7,252 pada petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa daripada 2,310 keluarga itu kini ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,943 orang diikuti Pendang (1,606), Kubang Pasu (552) dan Pokok Sena sebanyak 73 orang.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR masih kekal berada pada paras bahaya.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang setakat 8 malam ini dan mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Menurut JPS, Sungai Perak di Teluk Sena dalam daerah Perak Tengah berada pada tahap bahaya dengan paras air setinggi 13.18 meter.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS