Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Sejumlah 17,160 puntung rokok dikutip di Pantai Saujana di PD’

Sebanyak 17,160 puntung rokok dikumpulkan melalui program World Clean Up Day 2024 yang disertai 200 sukarelawan terdiri pelajar, NGO dan syarikat swasta di sekitar Pantai Saujana Port Dickson pada Sabtu lepas.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata melalui program itu juga sebanyak 7,392 cebisan plastik dan polisterin serta 1,094 helai beg plastik antara yang tertinggi dikumpulkan. 

Dia berkata pengauditan sisa sampah itu dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting tentang jenis sampah dihasilkan para pengunjung terutama cebisan kecil yang boleh memberikan ancaman serius kepada ekosistem marin.

"Tanpa kita sedar sisa kecil ini walaupun nampak remeh namun boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada hidupan laut," katanya dalam kenyataan hari ini

Pada tahun lepas pengauditan cebisan kecil sisa merekodkan 10,651 puntung rokok diikuti 636 perkakasan makanan (sudu dan garfu plastik) dan 592 beg plastik. 

Mohd Norlisam berkata selain itu, sejumlah 203 penutup botol plastik dan 178 bekas minuman plastik adalah yang terbanyak dikumpulkan semasa pelaksanaan aktiviti pembersihan dan sisa jenis ini paling berbahaya untuk hidupan laut.

Dia berkata bahan berkenaan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai dan sering dimakan oleh haiwan marin sekali gus menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem. 

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS