Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan serangan libatkan kerabat: Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat DPP
Diterbitkan:  Sep 20, 2024 5:35 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di Kuantan pada Jun lepas telah dirujuk kepada Pejabat Timbatan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan menunggu arahan lanjut daripada pihak berkenaan.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini bertitah tiada siapa pun mengatasi undang-undang termasuk kerabat diraja, dan baginda mahu siasatan itu dilakukan segera, telus, adil serta tegas tanpa kompromi mana-mana pihak.

Pada 5 Sept lepas, media melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat diraja Pahang dan dilaporkan mangsa cedera di paha serta menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS