Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan pentadbirannya membatalkan lawatan ke luar negara yang dirancang untuk 68 pegawai kerajaan sebagai langkah memperketatkan perbelanjaan awam yang berlebihan.

"Kita lebih tegas untuk semua syarikat-syarikat agensi kerajaan walaupun lembaga berkuasa tetapi kadang-kadang lembaga buat keputusan yang memihak kepada mereka.

"Oleh itu semua projek baru lawatan luar negara mesti dirujuk kepada ketua setiausaha atau ketua pengarah dan diluluskan oleh menteri berkenaan supaya ada yang akhirnya bertanggungjawab secara langsung,” kata Anwar kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di Puchong hari ini.

Katanya lawatan kakitangan sebuah kementerian ke Paris dibatalkan walaupun tempahan hotel dan penerbangan telah dibuat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS