Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tidak perlu draf baru MoU dana MP pembangkang, kata Fadillah
Diterbitkan:  Sep 19, 2024 1:00 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata draf sedia ada boleh menjadi asas kepada perbincangan.

Beliau turut menjelaskan sehingga hari ini, pihaknya belum lagi dihubungi pihak pembangkang bagi meneruskan perbincangan berkaitan MoU itu.

“Draf MoU sedia ada adalah asas untuk kita (meneruskan) perbincangan. Jika (pembangkang mahu MoU baharu) mereka perlu kemukakan maklum balas mereka … tapi sebelum ini mereka ada buat kenyataan untuk menolak, bila dah tolak kita terima (pendirian mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian 'International Social Security Management Conference 2024' di Kuching hari ini.

Pada 16 Sept lepas, Kerajaan Perpaduan telah mendedahkan dua draf MoU yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam perundingan mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Fadillah berkata keputusan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan MoU berkenaan.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata Kerajaan Perpaduan diminta menyediakan draf MoU baharu selain menubuhkan jawatankuasa khusus bagi membincangkan mengenai MoU antara kerajaan dan pembangkang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS