Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Alumni PTD nafi bekas KSN, Abdul Halim Ali meninggal dunia

Urusetia Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menafikan laporan kematian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Abdul Halim Ali yang tular di media sosial hari ini.

Urusetia Alumni PTD dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima pertanyaan mengenai dakwaan kematian Abdul Halim yang juga Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) sejak semalam hingga pagi ini, dan mengesahkan berita itu tidak benar.

“Alumni PTD mengesahkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar,” menurut kenyataan itu.

Beberapa portal media melaporkan mengenai pemergian bekas KSN itu pada usia 81 tahun, pagi tadi.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS