Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri agama sertai kejohanan badminton, pupuk perpaduan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar hari ini menyertai kejohanan badminton muhibah yang berlangsung di sebuah gelanggang badminton di Puchong.

Program anjuran bersama Christians for Peace and Harmony in Malaysia Movement dan Muslim NGO Global Unity Network itu bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Sebanyak 40 pasangan beregu berbilang kaum berentap dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.

Mohd Na'im turut tidak melepaskan peluang mempamerkan kebolehnya dalam sukan itu apabila turut serta berentap di dalam gelanggang.

"Tujuan program ini bersempena sambutan 31 Ogos hari kemerdekaan negara dan juga Hari Malaysia 16 Sep yang akan datang ini.

"Kita mengambil peluang dengan semangat Hari Malaysia membawa sukan, pemain-pemain rakyat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang bangsa.

"Saya sungguh teruja...," katanya ketika ditemui selepas kejohanan itu.

Mohd Na'im turut menyampaikan hadiah kepada pemenangan kejohanan itu.

Katanya, dia teruja apabila peserta yang berbilang agama dan bangsa dapat mengeratkan silaturahim melalui platform sukan badminton ini.

Tambahnya perpaduan yang terbina ini akan menjadikan Malaysia lebih aman dan harmoni.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS