Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekat suara pembangkang: Saya rujuk indeks kebebasan media - Afnan

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menepis dakwaan seorang pemimpin Pemuda PKR yang mengatakan dia hanya cuba menimbulkan persepsi bahawa kerajaan cuba menutup kebebasan bersuara pengkritiknya.

Ini selepas Timbalan Ketua Pemuda PKR Kamil Munim mengkritik kenyataan Afnan pagi ini yang memberi amaran kepada Putrajaya bahawa ia berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan.

Menurut Afnan, kenyataannya itu adalah berdasarkan indeks tahunan kebebasan media dunia - yang menunjukkan kedudukan Malaysia tahun ini menurun daripada indeks sebelumnya.

"Tahun lepas tangga ke-74, turun ke tangga 100 lebih. Indeks itu pun membuktikan orang kita punya pempengaruh di media sosial pun ada yang disiasat berjam-jam.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Kamil Munim

"Jadi, banyaklah kes tu nak dibuktikan. Saya fikir yang cakap tu dia mungkin tak ada Tiktok kot, dia tak tengok semua ini," katanya pada sidang media selepas berakhirnya muktamar tahunan Pemuda PAS di Temerloh, Pahang petang ini.

Dalam ucapan dasarnya pada sebelah pagi, Afnan memberi amaran kepada Putrajaya supaya mula mempedulikan pengkritiknya atau berdepan risiko dijatuhkan melalui protes jalanan.

Susulan itu, Kamil dalam kenyataan di laman X mengkritik Afnan, dengan mendakwa pemimpin PAS itu sekadar cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS