Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ditanya kes serangan pemandu OKU, Fahmi kata ‘rujuk agensi terlibat'
Diterbitkan:  Sep 11, 2024 4:22 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil merujuk soalan berkenaan kes serangan ke atas pemandu e-hailing OKU kepada “agensi penguatkuasaan” yang relevan.

Dia ditanya jika kabinet ada membincangkannya dan berkenaan memorandum yang menggesa suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk kes itu.

“Agensi penguatkuasaan. Boleh rujuk agensi yang terlibat,” jawabnya ketika sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Pada 5 September lalu, pemandu itu, Ong Ing Keong bersama-sama Lawyers for Liberty (LFL) menyerahkan memorandum dan rakaman insiden serangan itu kepada Pejabat Perdana Menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS