Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas SPNB, Husam terajui TH Properties pula
Diterbitkan:  Sep 11, 2024 11:59 AM
Dikemaskini: 9:42 AM

Bekas pemimpin kanan Amanah Husam Musa dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Syarikat TH Properties.

TH Properties Sdn Bhd mengumumkan lantikan itu telah berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

“Beliau yang pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dilihat sebagai figura yang tepat bagi membawa misi dan visi syarikat ke arah yang lebih progresif,” kata  TH Properties.

Dalam pengumuman di media sosial, TH Properties berkata anggota lembaga pengarahnya yakin syarikat itu akan menunjukkan prestasi lebih baik susulan pelantikan Husam yang juga exco ekonomi bawah pentadbiran tokoh legenda PAS Nik Aziz Nik Mat.

TH Properties juga yakin penjenamaan Kumpulan Syarikat TH Properties dapat diangkat sebaris dengan pemain industri hartanah yang lain. 

TH Properties ialah syarikat pemaju milik penuh Lembaga Tabung Haji. Antara projeknya yang terkenal ialah pembangunan Bandar Enstek di tanah seluas 5,119 tidak jauh dari lapangan terbang KLIA di Sepang.

Husam kini tidak aktif lagi dalam politik setelah kalah dalam dua pilhan raya umum terakhir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS