Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Calon Barisan Nasional BN bagi PRK DUN Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah kehilangan bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Umno Johor Official, malam ini.

"Dukacita dimaklumkan ayahanda kepada Syed Hussien telah diberitakan pergi meninggalkan kita semua. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ayahanda beliau. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 

"Salam takziah buat saudara Syed Hussien sekeluarga, semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan Allah SWT," menurut hantaran itu. 

Syed Hussien (kiri) bersama Allahyarham

Pada Ahad lepas, media melaporkan Syed Abdullah, 67, menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Syed Hussien, 40, yang merupakan ketua Pemuda Umno Kluang diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept. 

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS