Novel remaja dewasa “The Girl and The Ghost” karya warga Malaysia, Hanna Alkaf telah dimasukkan dalam senarai bacaan oleh Kelab Buku Oprah untuk bacaan pelajar sekolah menengah.
Kelab Buku Oprah, pernah menjadi segmen dalam rancangan bual bicara peringkat global "The Oprah Winfrey Show". Ia kini merupakan senarai bacaan yang mencadangkan buku kepada pembaca, dan telah dikreditkan kerana berjaya menjadikan tajuk yang kurang dikenali menjadi buku terlaris antarabangsa.
Novel Hanna memaparkan perjalanan Suraya, seorang gadis muda yang tinggal di perkampungan Malaysia. Dia mewarisi seorang kawan istimewa peninggalan arwah neneknya - roh gelap yang menyamar sebagai belalang, atau apa yang disebut dalam masyarakat Melayu sebagai pelesit.
Ia dipaparkan dalam senarai fiksyen remaja dewasa, disyorkan oleh novelis Loretta Lopez, dan diterbitkan di laman web Oprah Daily minggu lalu, dan juga diketengahkan dalam catatan di Instagram oleh Kelab Buku Oprah hari ini.
“Sekolah menengah adalah masa yang janggal dan mencabar dalam kehidupan seseorang gadis.
Ada yang mungkin mendapat ketenangan dan inspirasi dalam cerita tentang gadis-gadis yang melalui situasi sukar dan di penghujungnya menjadi lebih kuat dan lebih bijak,” tulis hantaran itu.
Dalam artikelnya, Lopez berkata "The Girl and The Ghost" ialah novel untuk "gadis yang memiliki watak ajaib tetapi masih mahu terlibat dengan topik seperti penemuan diri dan perhubungan yang mencabar".
Lopez, adalah pengarang novel remaja dewasa yang terkenal "City Girls". Dia juga adalah pemenang beberapa anugerah adalah seorang pakar psikoterapi yang dalam trauma zaman kanak-kanak.
“The Girl and The Ghost” terbitan HarpersCollins pada tahun 2020, adalah salah satu daripada lapan buku yang dikarang oleh Hanna yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Novelnya telah berulang kali dijadikan senarai bacaan yang disyorkan untuk golongan remaja dewasa oleh organisasi seperti Kirkus Reviews dan Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan Remaja Dewasa (Yalsa).