Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Teresa hairan: ‘Siasatan polis sebenarnya tak perlu’ 
Diterbitkan:  Sep 9, 2024 1:14 PM
Dikemaskini: 5:29 AM
1

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok hairan kenapa kenyataannya berkaitan isu sijil halal dianggap menyentuh isu 3R–agama, kaum dan raja.

“Jika dibaca dan dianalisis kenyataan saya secara menyeluruh dan mengambil kira semua konteks, sudah terang lagi bersuluh bahawa ia tidak mengandungi rujukan kepada 3R atau yang berkaitan dengannya,” katanya.

Anggota parlimen Seputeh justeru hairan kena polis melihat ia berpotensi melanggar undang-undang bawah Seksyen 298 dah 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dilaporkan lima laporan polis telah dibuat terhadap Kok.

Sementara itu, Kok memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan polis sebenarnya tidak perlu dibuat kerana “tiada kesalahan dilakukan”.

“Saya telah berikan penjelasan lanjut apa yang hendak saya sampaikan dalam kenyataan saya, yang sepatutnya meredakan sebarang kebimbangan dan membuat tiada lagi siasatan perlu dibuat.

“Kenyataan saya semata-mata suara kebimbangan dan bagi mengetengahkan isu dihadapi oleh rakyat bawahan, sebagai sebahagian daripada tugas seorang anggota parlimen,” katanya.

Menjawab soalan, Kok berkata kenyataannya tidak sama sekali mempunyai kecenderungan menghasut.

Kok diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, esok kerana membantah cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran yang tidak menghidangkan babi dan arak.

Katanya, perkara itu jika dilaksanakan akan  menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Kenyataan Kok mencetuskan kecaman keras termasuk daripada Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh yang menggelarnya sebagai “nyonya tua” dan mengancam menampal “logo tidak halal” ke dahinya.

Akta mendakwa kok mencampuri urusan Islam susulan kenyataan itu.

Susulan kontroversi itu, Kok tampil menafikan dia tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal.

Dia menjelaskan ucapannya, sebagai ahli parlimen dia bertanggungjawab menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat berbilang kaum.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS