Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Loke puji inisiatif DAP Perak tubuh dana untuk ahli, anak

DAP Negeri Sembilan akan mengikut jejak langkah DAP Perak mewujudkan dana untuk ahli dan anak mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke memuji usaha berkenaan dan berharap ia menjadi contoh kepada kepimpinan parti itu di negeri-negeri lain.

"Tapi DAP Ngeri Sembilan saya akan 'action'sikit, you bagi RM1,000, saya bagi RM1,500,” katanya secara berseloroh ketika konvensyen DAP Perak hari ini.

Loke juga menugaskan pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, yang turut hadir pada konvensyen itu untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

Loke yang juga menteri pengangkutan berkata DAP kini berada pada kedudukan kewangan yang stabil dan perlu menyalurkannya kepada ahli-ahli parti itu.

Selain itu, dia juga menyentuh keperluan untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dalam DAP.

"Apa yang penting ialah kita nak memastikan ada kesinambungan dalam kepimpinan parti.

"Kita nak pastikan apabila ada seorang pemimpin parti yang telah lama berkhidmat apabila menyerahkan kepada pemimpin pelapis, parti berada dalam keadaan yang kuat dan stabil supaya pemimpin yang baru mengambil alih itu teruskan kecemerlangan parti," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS