Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan serangan babitkan kerabat Pahang: Polis sedang lengkapkan siasatan
Diterbitkan:  Sep 5, 2024 4:27 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan, dalam kejadian pada Jun.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata sebelum ini, beberapa individu sudah ditahan berhubung kes terbabit dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selain beberapa saksi lain telah dipanggil untuk memberi keterangan, bagi membantu siasatan kes tersebut.

Yahaya Othman

“Kita telah menghantar kertas siasatan sebelum ini namun dikembalikan, kini kami dalam proses melengkapkan siasatan untuk penambahan beberapa perkara sebelum diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui media di Raub, hari ini.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh.

Malaysiakini hari ini melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.

Akibat serangan itu, lelaki itu dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS