Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tubuh suruhanjaya siasat dakwaan pengiring TMJ tumbuk pemandu OKU’

Kumpulan NGO menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan terhadap dakwaan serangan polis pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail terhadap seorang pemandu pekak.

Gesaan itu dibuat oleh kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) dan 35 lagi NGO hari ini, kira-kira empat bulan selepas kejadian.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata walaupun kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, suspek kes itu masih belum diheret ke mahkamah.

Gambar dari rakaman kamera yang didedahkan Ong Ing Keong

“Keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang dinafikan,” katanya selepas menyerangkan memorandum tuntutan berkaitan kepada pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Pemandu Grab orang kurang upaya (OKU) berusia 48 tahun itu Ong Ing Keong turut hadir.

Dia mendakwa ditumbuk oleh pengiring Tunku Mahkota Ismail  atau lebih dikenali sebagai TMJ di pekarangan sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada 28 Mei.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS