Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga runcit diesel RM3.16 seliter mulai 5 Sept
Diterbitkan:  Sep 4, 2024 6:50 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Harga runcit diesel turun lagi untuk minggu ini menjadi RM3.16 seliter, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam pengumuman petang ini, MOF juga memberitahu harga runcit bagi petrol RON97 turut menyusut menjadi RM3.40 seliter.

Penurunan sebanyak 2 sen itu berkuat kuasa selama seminggu iaitu bagi tempoh 5 Sep hingga 11 Sept.

"Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak dua sen kepada RM3.40 seliter, dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen kepada RM3.16 seliter," katanya.

Ia merupakan penurunan harga diesel untuk minggu keempat berturut-turut sejak penyasaran subsidi dikuatkuasakan di negara ini pada 10 Jun lalu.

Apabila subsidi diesel menyeluruh dibatalkan kerajaan ketika itu, harga bahan bakar itu ditetapkan sebanyak RM3.35 seliter.

Harga petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS