Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mashitah ke Myanmar atas urusan hartanah - Bukit Aman
Diterbitkan:  Sep 3, 2024 8:44 PM
Dikemaskini: Sep 4, 2024 9:15 AM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis masih menyiasat Mashitah Ibrahim berhubung dakwaan kegiatan pemerdagangan manusia.

Seorang bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri telah pergi ke Myanmar untuk urusan hartanah, disahkan oleh Bukit Aman hari ini.

"Disahkan memang beliau pergi ke Myanmar berkaitan satu pelaburan hartanah di kawasan Myawaddy," katanya dipetik Sinar Harian menjelaskan polis mengambil kenyataan Mashitah pada minggu lalu.

JSJ sedang mengumpul maklumat untuk melengkapkan siasatan terhadap dakwaan pemerdagangan manusia rakyat Malaysia di Myanmar, katanya.

Shuhaily berkata polis telah merekodkan kenyataan daripada lima individu termasuk Mashitah.

Setakat ini, siasatan telah mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam kes ini, tambahnya.

"Kita juga akan merakam percakapan seorang penulis blog secara dalam talian pada hari ini (Selasa) kerana dia berada di Jakarta, Indonesia," katanya.

Pada 28 Ogos, sebuah organisasi berpangkalan di Myanmar yang terlibat dalam mendedahkan dakwaan sindiket pemerdagangan manusia menyambut baik laporan awal yang memetik Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, yang mengesahkan bahawa siasatan telah bermula pada bulan Julai.

Jurucakap Justice for Myanmar, Yadanar Maung pada satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata selain Mashitah yang telah menafikan dakwaan tersebut, rakyat Malaysia lain juga didakwa terbabit dalam kes ini.

Sebagai maklum balas, Mashitah turut membuat laporan polis mengenai dakwaan terhadap dirinya yang disifatkannya sebagai "tidak berasas."

Selain siasatan polis, kumpulan hak asasi Malaysian Humanitarian Organisation minggu lalu membuat laporan kepada SPRM berdasarkan tayangan klip dokumentari YouTube Indonesia bertajuk "Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia".

Dokumentari itu berdasarkan siasatan rentas sempadan dan termasuk gambar Mashitah bersama sekumpulan individu yang didakwa terlibat dalam sindiket tersebut.

Dokumentari itu disiarkan sebulan lalu dan telah mendapat hampir 90,000 tontonan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS