Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP: Dua berita palsu, dua sasaran tapi satu punca
Diterbitkan:  Sep 3, 2024 6:51 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Dua berita palsu timbul berhubung perarakan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos yang disasarkan kepada dua sasaran berbeza, tetapi seorang ahli parlimen DAP berkata puncanya sama.

"Walau datang dari sisi berbeza, keduanya muncul daripada sifat prejudis dan rasis," tulis Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan di X.

Syahredzan dari parti tidak asing dengan serangan perkauman, menyeru rakyat Malaysia untuk "menolak pelampau" dan "mengekalkan kesederhanaan kita".

Dua berita palsu itu termasuk satu yang mendakwa bahawa salah satu helikopter tentera mengibarkan bendera Palestin dalam sambutan tersebut.

Mesej tular itu berbunyi: "Bendera Palestin semasa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia? Kita ada angkatan bersenjata yang menjijikkan. Tidak pernah mana-mana negara berdaulat mengibarkan bendera negara lain semasa sambutan hari kemerdekaannya. Semuanya mesti ada had, termasuk kebodohan.”

Sementara, berita palsu kedua membabitkan "grafik manusia" yang menunjukkan ucapan "selamat datang" dalam bahasa Cina dan kapsyen menyoal sama ada ini sambutan kemerdekaan Malaysia atau China.

Kemudian dijelaskan ucapan "selamat datang" itu dalam ketiga-tiga bahasa.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menafikan berita palsu bendera Palestin, menggesa orang ramai berhenti menyebarkan maklumat salah.

"Mari kita berhenti menyebarkan pembohongan dan maklumat salah dan fokus kepada semangat sebenar Hari Kebangsaan – perpaduan.

"Sila buat kajian anda sebelum berkongsi apa-apa dalam talian," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS