Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pencemaran bau kimia di 3 kawasan di Johor Bahru
Diterbitkan:  Sep 3, 2024 11:15 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Pencemaran bau kimia dikesan di kawasan sekitar Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di Johor Bahru.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan (PBK) Khairul Azhar Abd Aziz berkata 19 anggota termasuk dari BBP Larkin membuat pemantauan sebaik menerima laporan pada jam 1.30 pagi tadi.

Katanya pemantauan dilakukan secara menyeluruh dibuat oleh pasukan keluaran operasi BBP Tebrau dan Unit Hazmat BBP Larkin di lokasi, termasuk dengan mengambil bacaan udara menggunakan pengesan gas.

“Bagaimanapun, pihak bomba setakat ini belum dapat memastikan jenis kimia dan tahap bahaya menerusi bau yang dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Azhar juga berkata operasi pemantauan di ketiga-tiga kawasan masih berjalan sehingga kini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS