Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wee tepis pandangan MCA tak banyak boleh bantu BN
Diterbitkan:  Sep 1, 2024 9:59 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

Presiden MCA Wee Ka Siong menolak pandangan seorang penganalisis bahawa partinya tidak dapat menyumbang banyak untuk membantu BN memperoleh penguasaan politik dalam pilihan raya.

Dia berkata MCA akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan ahli parti mesti bertindak dengan niat murni.

“Selagi parti ini kekal kuat, dan bermaruah, ia akan melakukan apa yang perlu,” katanya seperti dipetik New Straits Times pada konvensyen tahunan MCA di Pulau Pinang semalam.

Dia diminta mengulas mengenai pandangan profesor madya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Lau Zhe Wei bahawa MCA dan MIC, yang mempunyai tiga kerusi parlimen, akan menghadapi kesukaran untuk bergerak sendiri.

Wee juga berkata dia menghormati kebebasan bersuara dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Lau.

Selepas pilihan raya umum ke-15, MCA mempunyai dua ahli parlimen, Wee (Ayer Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) manakala MIC mempunyai seorang, M Saravanan (Tapah).

Wee menambah bahawa dia bergerak sendiri sebagai ahli parlimen tunggal dari partinya sebelum ini dan bersedia untuk melakukannya sekali lagi.

"Saya tidak akan berhenti sehingga masalah rakyat selesai. Itu sahaja. Kita telah melalui zaman kita sebagai pembangkang dan sebahagian daripada kerajaan, walaupun tanpa jawatan. Saya telah melalui semuanya.

“Saya pernah menjadi backbencher, timbalan menteri, menteri, dan sekarang, walaupun sebagai pembangkang, tidak mengapa.

“Saya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya, walaupun ada kalanya saya dihina,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS