Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan
Diterbitkan:  Aug 31, 2024 10:45 AM
Dikemaskini: 2:45 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.

Ia adalah kali pertama baginda berdua menyaksikan acara gilang-gemilang itu selepas Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan serta ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, masing-masing pada 31 Jan dan 20 Julai lepas.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada jam 8 pagi disambut Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiupan nafiri turut bergema di Dataran Putrajaya sebelum lagu Hormat Diraja dan Negaraku dimainkan oleh pancaragam Kawalan Kehormatan Utama.

Ia disusuli terbang lintas lima helikopter yang membawa bendera Malaysia serta bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia sejurus keberangkatan Seri Paduka Baginda di Pentas Diraja.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS