Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengasas Telegram dibebaskan dengan ikat jamin

Pengasas Telegram Pavel Durov telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan di Perancis dan disoal siasat oleh seorang hakim penyiasat, menurut pendakwa raya Paris pada Rabu malam, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut pejabat pendakwa raya Paris, siasatan rasmi telah dilancarkan terhadap Durov kerana disyaki tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung siasatan jenayah serta membantu dan bersubahat dalam kesalahan jenayah melalui aplikasi pesanannya.

Durov yang dikehendaki di Perancis telah ditahan di Lapangan Terbang Le Bourget Paris pada Sabtu, sebaik sahaja tiba dari Azerbaijan.

Penahanannya berlaku di tengah-tengah siasatan awal mengenai kekurangan penyederhanaan dan kerjasama Telegram dengan pihak penguat kuasa undang-undang berhubung kesalahan pengedaran dadah, penipuan, dan kesalahan berkaitan penderaan kanak-kanak di platform media sosial itu, menurut media tempatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS