Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gambar lubang benam yang tular di Kg Attap kejadian lama - DBKL
Diterbitkan:  Aug 29, 2024 3:51 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan bahawa terdapat satu lagi kejadian lubang benam di kawasan bandar raya, selepas satu foto tular di media sosial yang mendakwa lubang benam dijumpai di Kampung Attap.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata gambar yang diedarkan itu adalah gambar lama dan kerja-kerja pembaikan telah pun dijalankan di jalan terbabit yang terletak berhampiran Jalan Dewan Bahasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kegelisahan awam,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook.

DBKL bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut termasuk bila kejadian lama itu berlaku.

Awal hari ini, portal Suara TV menyiarkan gambar di laman Facebook, mendakwa terdapat kejadian lubang benam di Jalan Choo Cheng Khay.

Portal itu kemudian membuat hantaran baru di Facebook yang memuatkan penjelasan DBKL.

Jumaat lalu, seorang pelancong wanita dari India hilang selepas terjatuh di dalam lubang benam di Jalan Masjid India.

Satu lagi lubang benam kemudian dikesan kira-kira 50m dari tempat kejadian pertama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS