Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Remaja cedera motosikal dihempap pokok tumbang
Diterbitkan:  Aug 28, 2024 9:40 AM
Dikemaskini: 1:40 AM

Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok tumbang di Tebuk Panchor, Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 malam.

Ekoran laporan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya ketika kejadian mangsa yang berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Bukit Merah.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sabarodzi berkata pasukan bomba kemudian memotong pokok yang tumbang itu dan operasi selesai sepenuhnya pada 12.38 tengah malam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS