Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bung Moktar nafi Umno Sabah ada masalah, berpecah
Diterbitkan:  Aug 25, 2024 1:20 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menafikan dakwaan berlaku perpecahan dalam parti itu di negeri berkenaan terutama membabitkan dia dan timbalannya Abdul Rahman Dahlan.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata dakwaan itu hanya persepsi sesetengah pihak.

“Umno Sabah, kami tidak ada perpecahan. Perbezaan pendapat itu memang ada dan kami menghormati perbezaan pendapat antara satu sama lain, tetapi akhirnya Umno perlu memutuskan sesuatu untuk mencapai kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Bung Moktar berkata ketika ini fokus Umno dan BN Sabah adalah bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Dia berkata perkara itu amat penting ketika Umno Sabah kini menggalas dan menyahut cabaran pucuk pimpinan parti untuk menang besar agar Umno kembali menjadi kuasa dominan dalam kerajaan Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS