Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
China ekstradisi suspek jenayah kewangan dari Thailand

Agensi penguatkuasaan undang-undang China mengekstradisi seorang suspek dari Thailand pada Selasa berhubung kes jenayah kewangan yang melibatkan lebih 100 bilion yuan (US$14 bilion), menurut kenyataan Kementerian Keselamatan Awam China pada Jumaat.

Lelaki yang dikenali sebagai Zhang, merupakan suspek jenayah kewangan pertama yang diekstradisi ke China dari Thailand sejak perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara itu berkuat kuasa pada 1999, menurut kementerian itu.

Zhang didapati mengetuai operasi penipuan skim piramid sejak 2012.

Pihak berkuasa keselamatan awam di Perbandaran Chongqing melancarkan siasatan terhadap Zhang pada 2020, dan Notis Merah Interpol dikeluarkan pada Mac 2021.

Zhang ditangkap oleh polis Thailand pada 2022 dan diperintahkan untuk diekstradisi ke China selepas Mahkamah Rayuan Thailand menjatuhkan hukuman pada Mei tahun ini.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS