Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usul tuntut pengampunan penuh 'Bossku' tertinggi diterima

PAU 2024 | Umno tidak akan menghentikan usaha menuntut keadilan dan membebaskan bekas presidennya Najib Razak dari penjara, kata setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.

Berucap di Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini, Asyraf berkata sebanyak 72 usul diterima daripada bahagian Umno untuk menuntut pengampunan penuh terhadap Najib.

"Ibu pejabat terima usul daripada 171 bahagian dan usul yang tertinggi yang diperoleh daripada 72 bahagian untuk kita terus menuntut keadilan dan pengampunan penuh kepada bossku Najib Razak.

"Sesunggughnya, selagi bossku terperangkap di tirai besi, suara dan ikhtiar Umno tak pernah terhenti. Malah, berikan kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpunan tertinggi.

"Mohon untuk kita terus berdoa kerana berdoa itu senjata kita.

"Semoga Allah SWT lembutkan hati dan bukakan jalan, semoga pembebasan najib berlaku berdasarkaqn Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, perhimpunan agung parti itu dimulakan dengan pengibaran bendera rasmi Umno – “Sang Saka Bangsa”.

Majlis itu dilaksanakan oleh presiden parti Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Mohamad Hasan, Asyraf dan pemimpin parti lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS