Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kertas siasatan kes Muhyiddin kini di Pejabat Peguam Negara
Diterbitkan:  Aug 21, 2024 8:11 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah merakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan.

"Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin berkata dokumen berkenaan diserahkan ketika polis mengambil keterangannya di pejabat bekas perdana menteri itu di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) kira-kira jam 11 pagi tadi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS