Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar kecam kurangnya tindakan komuniti antarabangsa isu Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan.

Beliau berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.

Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai ‘genosid di Ukraine’, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya sebagai ‘kesan peperangan’ dan menerimanya begitu sahaja.

“Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di New Delhi, pafa Selasa.

Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin.

Terdahulu hari ini dalam hantaran di platform X, Anwar berkata “sebarang perkembangan bermakna ke arah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel”.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS