Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar, Rembau, di Negeri Sembilan, sejak sembilan hari lepas.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd Ridzlan Ahmad, 43, yang juga bapa kepada tiga anak itu daripada isterinya pada 16 Ogos lepas.

“Isterinya memaklumkan kali terakhir melihat suaminya selepas menghantar lelaki itu ke Hentian Bas Rembau untuk menemani rakannya ke Kelantan pada 12 Ogos lepas dan dia gagal dihubungi selepas itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki tersebut mempunyai ketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan kemas berwarna hitam serta berkulit cerah selain turut mempunyai penyakit kulit vitiligo.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Ridzlan atau berkaitan dengan Orang Hilang (OH) supaya menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias di talian 013-6077326.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS