Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rakaman percakapan Muhyiddin ditangguhkan ke esok
Diterbitkan:  Aug 20, 2024 11:35 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Proses rakaman percakapan Muhyiddin Yassin berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ditangguhkan ke esok, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Katanya penangguhan itu dibuat kerana peguam Pengerusi PN berkenaan masih berada di luar negara.

“Keterangan Muhyiddin akan diambil di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) pada jam 11 pagi esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sebelum ini, media melaporkan rakaman percakapan Muhyiddin dijadualkan diambil di Mida pada jam 11 pagi hari ini , menyebabkan seramai 15 pengamal media berada di lobi bangunan tersebut bagi membuat liputan.

Muhyiddin didakwa membuat ucapan menyentuh 3R semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Kelantan, baru-baru ini menyebabkan ramai pihak membuat laporan polis.

Muhyiddin juga dikatakan mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Tindakan itu membangkitkan kemurkaan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang bertitah supaya polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh terbabit.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS