Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berbeza politik jangan sampai hina Orang Asli - Timb menteri
Diterbitkan:  Aug 19, 2024 7:08 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menyuarakan rasa terkilan apabila terbaca tangkap layar berkenaan seorang guru sekolah yang menyamakan penyokong BN dengan Orang Asli susulan kemenangan gabungan itu pada PRK Nenggiri.

"Sehubungan itu, peliharalah tutur kata kita kerana apa sahaja yang dituturkan akan memperlihatkan sahsiah orang yang bercakap.

"Berbeza fahaman politik kepartian satu hal, tapi jangan sampai merendahkan Orang Asli.

"Perkara ini tidak boleh diterima, apa lagi dilakukan oleh seorang yang bergelar ustazah.

"Saya difahamkan aduan telah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Semoga jadi pengajaran untuk semua, untuk tidak terlalu taksub berpolitik apalagi menyebar kebencian," katanya pada hantaran di media sosial.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang menyiasat dakwaan seorang guru agama di negeri itu mengeluarkan komen merendah-rendahkan Orang Asli di laman sosial.

Sementara itu Zulkifli berkata dia bersahabat dengan Orang Asli dan menjalankan pelbagai program bersama mereka sehingga ke hari ini.

"Mereka orang yang sangat baik, terdiri dari pelbagai suku.

"Orang Asli adalah kaum yang memiliki karya seni, kraftangan dan adat resam yang cukup unik malah masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini

"Allah Subhanahu wa-Ta’ala melarang kita merendah-rendahkan serta menghina orang lain," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS