Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JPNS siasat dakwaan guru agama hina Orang Asli di media sosial
Diterbitkan:  Aug 19, 2024 5:47 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang menyiasat dakwaan seorang guru agama di negeri itu mengeluarkan komen merendah-rendahkan Orang Asli di laman sosial.

Pemangku Pengarah JPNS Putra Hashim berkata siasatan akan dilaksanakan di bawah Subperaturan 19(1)(a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkaitan pernyataan awam.

“Peraturan itu menyatakan bahawa pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara membuat penyataan yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan kerajaan tentang apa-apa isu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu juga akan dirujuk pada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM.

Putra berkata pemantauan akan dilaksanakan terhadap guru wanita terbabit dan pelaporan akan dibuat oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah JPNS.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar komen seorang guru wanita yang menyamakan penyokong Barisan Nasional dan Umno dengan masyarakat Orang Asli.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS