Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga diesel turun lagi 5 sen
Diterbitkan:  Aug 14, 2024 5:55 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Harga runcit diesel turunkan sebanyak 5 sen lagi kepada RM3.25 berbanding RM3.30 seliter pada minggu lalu.

Menurut Kementerian Kewangan, penurunan tersebut berlaku berikutan keadaan semasa harga minyak mentah global baru-baru ini.

"Kerajaan bersetuju menurunkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter, dari 15 Ogos 2024 hingga 21 Ogos 2024," katanya.

Bagaimanapun, harga RON97 kekal pada RM3.47 seliter manakala RON95 pada RM2.05 seliter.

Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada pula kekal RM2.15 seliter bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu petang ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS