mk-logo
Berita
Paderi dicekup, disyaki amang seksual kanak-kanak usia 13 tahun
Diterbitkan:  Aug 14, 2024 11:07 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Mangsa mendakwa dia diganggu amang seksual fizikal di dalam sebuah bilik di gereja di Puchong, maklum OCPD Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat.

Polis telah menangkap seorang paderi berhubung dakwaan amang seksual fizikal terhadap seorang budak lelaki berusia 13 tahun di Subang, Selangor.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Puchong semalam, selepas menerima aduan daripada mangsa pada hari sebelumnya.

"Pada 12 Ogos, jam lebih kurang 10.09 malam, pihak polis IPD Subang Jaya telah menerima satu laporan polis daripada pengadu seorang kanak-kanak lelaki warganegara berusia 13 tahun.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," kata Wan Azlan pada satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu mendakwa bahawa dia telah mengalami gangguan amang seksual fizikal oleh suspek antara bulan Jun dan Julai tahun ini, di dalam sebuah bilik di dalam gereja di Bandar Bukit Puchong, Selangor.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS