Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno: Pilih Awie jika nak manifesto PN dilaksanakan

PRK NENGGIRI | Pengundi Nenggiri perlu memenangkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani jika mahukan manifesto yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) dapat dilaksanakan.

Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman (gambar bawah) berkata 80 peratus tawaran yang dikemukakan calon PAS dalam manifestonya hanya boleh dilaksanakan kerajaan pusat.

"Saya melihat lebih 80 peratus manifesto adalah tindakan kerajaan Persekutuan, kalau nak manifesto dilaksanakan lebih baik pilih Awie.

"Kerana dia (Awie) selari dengan persekutuan, kalau kita lihat kepada manifesto (PAS), cuba tengok," katanya pada sidang media di Gua Musang.

Pada 12 Ogos lalu, calon PN Mohd Rizwadi Ismail menawarkan kata akronim "khidmat" sebagai manifestonya kepada pengundi di DUN Nenggiri sempena pilihan raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 17 Ogos nanti.

K merujuk khidmat masyarakat’; H “hak rakyat; I “ integriti dan amanah”; D “daya ekonomi dan infrastruktur”; M” masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera”; A “anak muda berpendidikan dan berkemahiran” dan T “ tranformasi digital luar bandar”.

BN pula menawarkan khidmat Mohd Azmawi sebagai manifesto kepada pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Nenggiri kali ini.

Manifesto yang ditawarkan itu mempunyai tujuh tawaran khusus meliputi 37 bahagian serta 12 tawaran untuk seluruh warga Nenggiri.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata tawaran manifesto PN melibatkan peruntukan kerajaan pusat.

"Saya rasa manifesto yang dia (PN) buat itu mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana lebuh rayanya berbeza (tidak sehaluan pusat).

"Manifesto Umno (pula) tak janji tapi lihat bukti, tak nak janji lihat bukti," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS