Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada masalah guna helikopter, bukan kerajaan bayar - Zahid

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penggunaan helikopter oleh parti itu ketika berkempen di Nenggiri, Kelantan tidak dibayar oleh kerajaan.

Katanya, mana-mana parti boleh menggunakan perkhidmatan itu jika mahu asalkan ia tidak membabitkan duit ataupun aset kerajaan.

Isu penggunaan helikopter oleh BN dibangkitkan Pengarah Operasi Pilihan Raya PN bagi PRK DUN Nenggiri, Annuar Musa hari ini.

"Itu bukan helikopter kerajaan, bukan dibayar oleh kementerian, kalau dia (Annuar) nak pakai, saya pun tiada halangan.

"LV (Louis Vuitton) pun boleh pakai, helikopter pun boleh pakai," katanya kepada media di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, petang ini.

Terdahulu Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi mendakwa Annuar mengenakan pakaian mewah LV ketika memberi bantuan makanan kepada Orang Asli.

Annuar bagaimanapun menjawab “ikut aku pitih (duit) aku”.

Isu penggunaan helikopter itu sebelum ini dibangkitkan oleh Annuar yang juga ahli jawatankuasa pusat serta pengarah operasi pilihan raya PAS.

Bekas pemimpin kanan Umno itu  berkata dia menyerahkan kepada rakyat untuk menilai cara kempen BN yang menggunakan helikopter yang menurutnya mencecah sewa kos ratusan ribu ringgit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS