Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KLCC jadi 3 menara: Agensi iklan mohon maaf
Diterbitkan:  Aug 9, 2024 11:58 AM
Dikemaskini: 5:05 AM

Sebuah agensi pengiklanan tampil memohon atas kesilapan  di papan iklan digital janaan AI yang menggambarkan Menara Berkembar Petronas sebagai mempunyai tiga menara, dan bukannya dua.

Papan iklan itu sebelum ini dipasang bagi pihak ibu pejabat polis Brickfields sempena bulan Merdeka di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Kesilapan itu disedari netizen yang berkongsi di media sosial sebelum ia diturunkan.

Dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di media sosial rasminya, Wow Media Sdn Bhd berkata ia segera menurunkan papan iklan digital itu selepas menyedari kesilapan tersebut.

"Kami memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan ini dan akan menilai semua prosedur untuk mengelakkannya daripada berulang pada masa depan," kata syarikat itu.

Dalam catatan media sosialnya, polis Brickfields juga memaklumkan bahawa ia telah menasihatkan Wow Media untuk menurunkan poster itu selepas menyedari kesilapan berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS