Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB Kelantan: Parti lawan parti, jangan guna jentera k'jaan

Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud membidas tindakan BN yang didakwa menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

Jelasnya, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan kerajaan PAS Kelantan sendiri tidak membenarkan kederaan rasmi kerajaan digunakan bagi tujuan kempen parti itu.

"Itu tak sepatutnya berlaku. Semasa pilihan raya jentera kerajaan tak boleh guna, saya guna kenderaan senrdiri.

"Saya sudah arah semua exco tak boleh guna kenderaan kerajaan, guna kenderaan sendiri semasa pilihan raya, sebab yang bertanding parti lawan parti, bukan parti lawan kerajaan," katanya ketika berkempen di Pasir Tumboh, Gua Musang.

Semalam, badan pemerhati pilihan raya Bersih mengkritik tindakan BN yang didakwa menggunakan bangunan milik kerajaan untuk operasi pilihan raya kecil di Nenggiri yang bercanggah dengan amalan pilihan raya yang bersih dan adil.

Bercakap kepada Malaysiakini, Bersih berkata premis dan bangunan kerajaan tidak boleh digunakan sebagai markas atau pejabat mana-mana parti politik.

Badan pemantau pilihan raya itu diminta mengulas kenyataan pengarah operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri Annuar Musa yang mendakwa bangunan, premis kerajaan dan aset serta penjawat awam digunakan membantu kempen parti kerajaan.

Dalam hantarannya di Facebook, Annuar turut menyiarkan gambar yang menunjukkan bangunan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang dihiasi dengan bendera dan sepanduk BN.

Ini dikatakan berlaku di Dewan Teratai, kawasan penempatan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang.

Mengulas lanjut Nassuruddin berkata, untuk adil kesemua aset kerajaan baik negeri mahupun pusat tidak boleh digunakan ketika kempen.

"Kita nak keadilan jadi aset Jakoa, (aset) kerajaan pusat semua jangan guna, dan kita tak boleh guna jenteta kerajaan negeri dan dia tak boleh guna jentera pusat.

"Parti lawan parti itu baru betul," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS