Harga runcit diesel akan diturunkan 5 sen kepada RM3.30 seliter bagi tempoh bermula esok hingga 14 Ogos.
Kementerian Kewangan berkata ini sejajar dengan trend penurunan harga bahan api global.
Bagaimanapun, harga RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.47 seliter dan RM2.05 seliter.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.