Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Manifesto Awie untuk Nenggiri di peringkat akhir

PRK NENGGIRI | Draf manifesto BN bagi PRK ini sudah di peringkat akhir dan akan diumumkan kepada pengundi dalam masa terdekat.

Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata antara perkara yang akan ditekankan dalam manifesto tersebut ialah aspek modal insan, ekonomi tempatan dan perumahan generasi muda.

“Saya sudah ada draf manifesto, saya perlu menunggu dua atau tiga perkara lagi untuk dimasukkan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ladang Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) Sungai Terah, hari ini.

Kempen PRK Nenggiri memasuki hari kelima sebelum nasib Mohd Azmawi - atau lebih mesra disapa Awie - dan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail, ditentukan pengundi pada 17 Ogos nanti.

Selain manifesto, kata Mohd Azmawi, sepanjang tempoh berkempen juga dia akan memanfaatkan pengalamannya dalam arena politik bagi memenangi kepercayaan segenap lapisan masyarakat Nenggiri.

“Semestinya kalau saya dipilih, saya akan menjadi ‘jambatan’ kepada kerajaan Persekutuan dalam berjuang masalah rakyat Nenggiri.

“Meskipun saya akan berperanan dalam proses semak imbang dalam DUN, saya juga bertanggungjawab membawa isu-isu Nenggiri ke kerajaan Persekutuan,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS