mk-logo
Berita
S'pura bentang RUU pertingkat keselamatan tenaga
Diterbitkan:  Aug 7, 2024 8:30 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura telah mengemukakan rang undang-undang pindaan untuk meningkatkan ketahanan tenaga kepada Parlimen untuk bacaan pertama pada Selasa, lapor Xinhua.

Rang Undang-Undang Langkah Peralihan Tenaga dan Pindaan Lain memperkenalkan pengawal selia baharu bagi pasaran elektrik, langkah-langkah untuk mengukuhkan peraturan ke atas sektor tenaga dan penubuhan dana peralihan tenaga.

Kerajaan akan menubuhkan Dana Tenaga Masa Depan di bawah Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga, dengan suntikan awal sebanyak S$5 bilion (US$3.8 bilion) untuk menyokong pelaburan bagi peralihan tenaga Singapura, menurut rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa Entiti Gas Pusat akan ditubuhkan untuk mengagregatkan permintaan gas daripada syarikat penjanaan tenaga dan memusatkan perolehan gas untuk sektor tenaga.

Rang undang-undang itu juga akan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga untuk melaksanakan catuan kuasa semasa kecemasan untuk mengekalkan kestabilan sistem tenaga.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS