Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketegangan di Asia Barat: Indonesia nasihatkan rakyatnya tinggalkan Lubnan

GLOBAL l Indonesia menggesa rakyatnya meninggalkan Lubnan dan mengelak daripada mengunjungi negara itu susulan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat.

Negara-negara lain seperti Australia, Jordan, Arab Saudi, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom turut menasihatkan rakyat mereka untuk meninggalkan Lubnan.

"Rakyat Indonesia di Lubnan digesa untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin," menurut Kementerian Luar Indonesia pada Ahad. 

Nasihat perjalanan itu juga membabitkan perjalanan ke Iran dan Israel, menggesa mereka yang berada di kawasan-kawasan ini untuk berwaspada dan mengikuti langkah-langkah keselamatan yang disediakan oleh kedutaan Indonesia di Beirut, Tehran dan Amman, atau menghubungi Direktorat Perlindungan Warganegara Indonesia.

Nasihat itu kekal berkuat kuasa sehingga keadaan keselamatan bertambah baik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS